Sunday, December 20, 2009

hati yg kering


td i was on my way to catherine's hse, die buat makan2, along the way to her hse, nmpk la this booth for Palestin. mcm support Palestin cmtu la. then, ppl r more interested in shopping for xmas presents rather than tgk ape yg diorg tgh explain. and this really disappointed me. pastu lagi la sedih bile tgk Muslims masuk M&S. tapi my sadness is not confined to the way ppl r ignorant about Palestin. im more sad to see how the Muslims ignore this deen.

Islam to me is not just a religion, the word religion is not even in the Quran. when u look at the Arabic text it is actually Deen, which means the way of life. Islam shows u how to live ur life the way Allah wants us to. which is the best eva!

Islam teaches us how to eat, drink, sleep, study, communicate w other ppl, it doesnt just teach us how to pray. Islam is more than that. and i thnk that this is smthng that Muslims should understand.

Islam is like a body, when 1 part is hurt, the whole body feels the pain, but now we dont see the Palestinian Muslims as a part of us, so we happily sink our teeth into the biggest Big Mac we can find, or dgn seronoknye membeli belah at M&S, sipping Starbucks coffee without any remorse.(Starbucks = Bucks for the star(jews flag kan ade star). That is because our hearts are numb to the pain of our brothers and sisters.

Thursday, December 10, 2009



Saya pernah membaca kisah asy-syaheed ini di sebuah buku lama dahulu. Sungguh menginspirasikan! Beliau menemui syaheed idaman di usia 22 tahun dalam keadaan yang sungguh hebat! Did a few googles and here is the same story I read from the book! Silalah baca dalam keadaan tenang dan penuh penjiwaan, seolah-olah anda berada di dalamnya.


Inilah kisahnya, Asy-Syaheed 'Imad Aqel. (24/11/1993)

Di awal tahun 70-an, Mukhayyam Jabaliyya sering dihiburkan dengan suara azan daripada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Hasan Ibrahim Aqal adalah muazzin Masjid As Syuhada'. Tanggal 9/6/1971 adalah tarikh bertuah baginya kerana isterinya melahirkan seorang bayi lelaki. Beliau sangat berharap agar anak ketiganya ini akan mengikuti jejak perjuangan para mujahid terdahulu dalam berjihad membela agama Allah. Hassan menamakan anaknya 'Imad, mengambil sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Ketika semua pemimpin umat Islam mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ancaman tentera salib, 'Imaduddin Zanky bangkit menghidupkan sunnah jihad. Hassan mahu anaknya mencontohi panglima ini dan menjadi seorang panglima jihad yang menentang penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Lebih dari itu dia mahu anaknya mati syahid, mati sebagai seorang pejuang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menumpang tuah di akhirat kelak hasil syafaat anaknya.

Untuk tujuan tersebut, 'Imad dilatih dan dididik sejak kecil lagi supaya beriltizam mengamalkan amalan Islam secara sempurna. Masjid An Nur adalah medan terbiah kedua selepas rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik kanak-kanak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran di dalam pelajaran.

Dalam usia seawal 12 tahun, 'Imad sudah didedahkan dengan perjuangan IM Apabila tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rakan-rakannya melastik dan melontarkan batu kearah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya gerun melihat kedatangan tentera pengganas berkenaan.

Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, 'Imad memohon untuk belajar di Maahad Al Amal dalam bidang perubatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian kera beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Mahkamah tentera yang membicarakannya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel.

Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Mac 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi keran dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid. Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbual, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik j*had dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Kini beliau bukan lagi remaja yang hanya melontar batu dan melastik jip tentera Yahudi. Baginya, penggunaan lastik dan batu secara berterusan tidak membawa apa-apa makna bagi perjuangan umat Islam Palestin. Mereka perlu meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan kecanggihan senjata pihak Yahudi. Mereka perlu melangkah lebih jauh. Mencari, mengumpul dan mencipta senjata serta bahan letupan yang dapat menyaingi apa yang ada pada pengganas Yahudi.

Untuk tujuan itu, beliau secara rasminya menyertai Kata'ib Al Qassam. Banyak masa dihabiskan olehnya bersama kumpulan berkenaan dan beliau benar-benar serius dalam perjuangannya. Melihat kesungguhannya, pihak pimpinan memberikan amanah kepadanya untuk memimpin operasi di utara Ghaza. Kumpulannya dinamakan Majmu'ah As Syuhada'.

'Imad dilantik sebagai komander walaupun ada mujahid yang lebih senior daripadanya. Pimpinan Kata'ib Al Qassam mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada padanya. Beliau bagaikan seorang inteligent. Atau mungkin juga seorang komandor. Tugasnya ialah menangkap para munafik yang mempunyai buruan atau upahan rejim Yahudi. Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan setiap siasatan akan dirakam.

Setelah berjaya dalam berpuluh-puluih siri serangan keatas kedudukan tentera Yahudi, memadailah peranan mujahid yang seorang ini sebagai pembalasan ke atas tindakan ganas rejim Zionis yang melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan ke atas umat Islam. Kini tibalah masanya untuk pejuang ini menerima anugerah Allah sebagai salah seorang syuhada'. Perjuangan seterusnya pula perlu disambung oleh generasi lain.

Saat yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya sudah begitu hampir. Tarikh 24 November adalah tarikh keramat bagi umat Islam Palestin. Pada tanggal itulah Doktor Abdullah Azam dibunuh di Peshawar (1989). 4 hari sebelumnya pula adalah ulang tahun pemergian Syeikh 'Izzuddin Al Qassam (1935). Maka pada 24/11/1993, 'Imad dijemput oleh Allah sebagai seorang syuhada'.

Pada petang berkenaan beliau yang berpuasa sunat menerima pelawaan sahabatnya. Farhat untuk berbuka puasa bersama. Rumah Farhat terletak bersebelahan dengan Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syuja'ah, Ghaza. Mereka gembira sekali menikmati juadah yang disediakan.

Selepas setengah jam menjamu selera, lebih kurang pukul 5.15 malam mereka dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus tentera Yahudi yang melingkungi rumah berkenaan. Keadaan menjadi cemas. Jumlah sebenar tentera Yahudi tidak dapat dipastikan tetapi kenderaan yang mengepung rumah itu ialah sebanyak 60 buah terdiri daripada jip, trak dan sebagainya. Jika purata sebuah trak membawa sepuluh orang askar, bererti mereka datang dengan 600 orang askar untuk membunuh seorang pejuang!

Ketika ratusan tentera mengepung rumah berkenaan, berpuluh-puluh yang lain memanjat rumah-rumah berdekatan dan bersedia melancarkan serangan dari atas. Helikopter juga didapati berlegar-legar di udara. Seluruh kawasan Hayyus-Syuja'ah dan Pasar Jumaat diisytihar perintah berkurung. Tidak ada sesiapapun dibenarkan keluar.

Ketika itulah terpantun kalimah dari mulut 'Imad "Inilah masanya untuk aku mati syahid!" Beliau segera naik ke atas sutuh rumah berkenaan dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Beliau sujud menyembah Allah dengan harapan dapat bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan beliau sempat menunaikan sembahyang.

Belumpun sempat menyempurnakan sembahyangnya sebutir bom anti kereta kebal dilepaskan oleh helikopter ke atas rumah keluarga Farhat menyebabkan berlakunya gegaran yang amat dahsyat. Serentak dengan itu tembakan dari segenap penjuru kedengaran dan 'Imad tercedara.

Namun kecederaan yang dialami tidak manghalang beliau untuk membalas serangan. Beliau bingkas bangun dan lompat ke tingkat bawah dan menembak balas ke arah musuh. Tidak diketahui samada tembakannya itu menepati sasaran dalam suasana yang samar-samar itu. Tembakan demi tembakan terus berlaku terus berlaku dan pihak musuh menggunkan segala kekuatan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai senjata berat dan ringan untuk menewaskan hanya seorang manusia.

Setelah beberapa ketika, akhirnya 'Imad gugur syahid. Kepalanya hancur terkena tembakan. Setelah itu tiada lagi tembakan balas kedengaran. Tembakan hanya berlaku dari satu arah saja. Setelah mengetahui 'Imad telah terbunuh, pihak Yahudi menghentikan serangan. Namun mereka masih takut untuk menyerbu masuk kerumah berkenaan. Mereka bimbang kalau-kalau itu hanyalah taktik 'Imad. Mereka saling bertolak-tolakan sesama sendiri bagi mengelak diri daripada menjadi orang yang mula-mula manghampiri rumah berkenaan. Ketakutan jelas tergambar di wajah mereka.

Akhirnya mereka mengarahkan seorang jiran untuk masuk. Setelah jiran berkenaan keluar, dia memberitahu bahawa sasaran mereka sudahpun terbunuh. Tetapi pihak tentera masih belum yakin dan mereka masih belum berani untuk masuk rapat ke kawasan rumah berkenaan dan meminta orang ynag masih berlindung di dalamnya supaya membawa keluar mayat 'Imad jika benar beliau telah syahid.

Seketika kemudian kelihatan Nidhal Farhat, 24 tahun, mengusung keluar jenazah 'Imad dan ketika itu barulah mereka yakin. Serentak dengan itu juga mereka melepaskan tembakan ke arah mayat yang sudah terbujur kaku. Tidak kurang daripada 70 butir peluru bersarang dalam tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencincang jasad berkenaan dengan pisau.

Operasi berkahir pada jam 10 malam. Keluarga Farhat ditangkap dan diikat dengan tali selepas baju mereka ditanggalkan. Sebahagian askar yang lain mengeledah rumah. Beberapa ketika kemudian mereka meninggalkan tempat berkenaan dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda gembira dapat membunuh seorang pejuang sambil melaung-laungkan nama " 'Imad, 'Imad........."

Berita serangan berkenaan disiarkan menerusi akhbar Israel, Palestin dan kebanyakan media antarabangsa utama. Seorang penulis berbangsa Yahudi, Amira Has mencatatkan di dalam akhbar Heart, "......(selepas serangan berkenaan) roh 'Imad Aqal, komander Kata'ib Al Qassam masih lagi beroperasi dan menguasai semenanjung Ghaza dan bukan hanya Mukhayam Jabaliya. Ketika tentera berada disana mereka dilontarkan dengan batu oleh kanak-kanak sambil menjerit: kami adalah 'Imad......kami adalah 'Imad......."

Sungguh, Imad memberi inspirasi kepada semua untuk tetap berjuang sehinggakan buat pertama kalinya Hamas menghasilkan sebuah filem khas berlatar belakangkan kisah as-Syaheed Imad Aqel. klik link di bawah untuk download muvi penuh. (idea baik utk dipaparkan di sini memandangkan lappy saya tidak begitu mesra utk download dgn masa yg lama. siapa yg siap mendownload, bolehlah saya dptkan nanti. :D)

Hamas Movie: Imad Aqel (2009)


Inilah kisah Imad Aqel. yang menemui Syahidnya di usia 22. Syahid yang berjaya menggerunkan musuh walau sudah tiada di dunia.

Kita pula bagaimana?

Monday, November 30, 2009

for the rest of my life~

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there's a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I thank Allah for opening my eyes
Now and forever I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my future, my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And there's a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally


I know that deep in my heart..

Saturday, November 28, 2009

wanita=tulang rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Wednesday, November 25, 2009

this reminder is for me n you.. yes you~

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;


"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa ...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.

eksperimen aurat thru fizik perspective

berterabur tajuk tu, tp watever la, asalkan fhm sudah. i've never had physics as my subject so i don't really understand the formula (tp lepas baca ni phm la kan, haha), but this is really interesting.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

p/s: my anak nnti kn blja fizik.haha~ btw cane nk buat tulisan ade colour2 sket? aiyaa

Tuesday, November 24, 2009

i shouldnt be bitter anymore

Teringat kisah Umar bin Abu Rabi’ah dengan seorang pemuda arab. Pemuda ini mencintai anak gadis bapa saudaranya lalu dilamarkan perempuan ini. Namun lamarannya ditolak dengan mas kahwin yang terlalu tinggi. Jadinya ketika Umar bin Abu Rabi’ah sedang bertawaf dia ternampak pemuda ini pun bertawaf sama. Cuma yang peliknya, semasa bertawaf yang berjalan di depan pemuda tadi adalah anak gadis yang gagal dilamarnya. Mata pemuda tadi tak terlepas dari memandang perempuan tadi. Setiap kali perempuan ini bertapak kehadapan untuk bertawaf, maka pemuda tadi akan berpijak di kesan jejak anak gadis tadi. Hangat kan pernikahan di mata mereka yang dilanda panas-dingin cinta? Diringkas kan cerita, Umar Abu Rabi’ah bertemu pemuda tadi menanyakan masalah sebenarnya dan kemudian meminta bapa perempuan tadi untuk menikahkan mereka berdua. Dia sendiri yang membayar harga maharnya. Semua dilakukan Umar kerana memandang beratnya kondisi pemuda tadi jika tidak dinikahkan dengan segera. Masihkah berlaku keadaan macam ini hari ini?

**************************************************************************************

Al-'Ash bin Rabi', suami Zainab binti Muhammad saw, lari ke kota Makkah karena lari dari Islam. Akhirnya Zainab menulis surat padanya karena dorongan rasa cinta, dan kembalilah Al'-Ash memenuhi panggilan cinta dan masuk Islam.

**************************************************************************************

Thufail bin Umar Ad-Dausi, ketika relah memeluk Islam, istrinya pun datang menghampiri. Namun ia melarangnya seraya berkata, "Engkau telah menjadi haram bagiku!" "Mengapa?", tanya istrinya heran. "Aku telah memeluk Islam", jawabnya. Maka sang istri pun berkata, "Aku telah menjadi bagian dari dirimu dan engkau telah menjadi bagian dari diriku. Agamamu adalah agamaku, maka aku pun memeluk Islam." Itulah pernyataan keislaman secara sadar dan murni karena dorongan cinta.

**************************************************************************************

Nak lagi kisah hebatnya gelora percintaan? A’tikah dan Abdullah b Abu Bakr. Keduanya telah bernikah namun akhirnya diminta oleh Abu Bakr supaya anaknya menceraikan A’tikah, kerena satu peristiwa yang sememangnya berpunca dari keasyikan Abdullah bersama A’tikah. Subhanallah taatnya Abdullah, dia tetap melaksanakannya. Namun kerinduan mereka berdua tidak dapat dibendung. Maka setiap kali Abu Bakar berjalan untuk solat, Abdullah akan tunggu di tepi jalan yang dilalui ayahnya sambil bersyair dengan nada sangat-sangat sedih dan mendayu-dayu. Akhirnya luluh juga hati Abu Bakr melihatkan keadaan anaknya lalu dibenarkan untuk rujuk semula dengan syarat harus maju untuk berjuang fi sabilillah. Dan setelah rujuk, Abdullah benar-benar menepati janjinya maka tercatatlah Abdullah sebagai syuhada’ di medan perang bukan di katil bersama isteri tercinta.


**************************************************************************************
Citer terakhir yg paling menarik perhatian ana..

Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.aha mengunjungi Rasulullah saw. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis. Rasulullah saw bertanya,”Apa yang menimpamu wahai puteriku?” Fatimah r.aha menjawab, “Semalam aku dan suamiku (Ali r.a) bergurau senda sehingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih.

Aku berkata: “Wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu. Hal ini telah ku lakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali. Hingga akhirnya, dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku.”

Nabi saw bersabda,

"Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suami mu memaafkanmu, maka aku tidak akan menyembahayangkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah.

Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imram, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya."